Monday, 25 September 2017

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, program gotong royong ini dapat memberi impak yang positif bukan sahaja pada masyarakat tetapi pada bangsa, agama dan negara. Ini kerana ia dapat mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu juga, masalah-masalah yang dihadapi dapat dikurangkan sekiranya ada program-program ini dijalankan di kawasan perumahan, sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Program ini perlu diterapkan dikalangan anak-anak muda supaya dapat memberi kesedaran, motivasi serta mereka dapat menyertai program ini apabila dijalankan. Dengan adanya program ini dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni serta kerjasama di samping dapat membangunkan perpaduan berbilang kaum seterusnya dapat meningkatkan kesejahteraan negara dengan keadaan sekeliling yang bersih. Program ini juga dapat mencerminkan sesuatu akhlak yang baik di mana lita boleh lihat, sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri seseorang.

Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan orang ramai supaya menyertai program gotong royong di tempat kediaman masing-masing. Kempen gotong royong juga perlu di war-warkan supaya orang sekeliling tahu akan adanya gotong royong dijalankan. Oleh itu, semua pihak perlu bersama-sama mengamalkan budaya hidup bergotong royong dalam kehidupan seharian.







No comments:

Post a Comment