Sunday, 24 September 2017



DUA6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM


NAMA
NO MATRIK
Nur Hafizah Binti Mohd Nordin
15DPM15F1024
Naemmatul Adawiyah Binti Abd Rahim
15DPM15F1030
Nursyuhada Najiha Binti Zainal Rashid
15DPM15F1032
Nabilah Syafiqah Binti Zainal
15DPM15F1022
Khairuni Balqish Binti Nazari 
15DPM15F1010
Nor Natasya Akma Binti Haidil Mustapa
15DPM15F1040
Norfika Binti Zahid 
15DPM15F1042
Nur Liana Binti Ahmad
15DPM15F1026
Siti Nur Azlinatasa'a Binti Faudzan
15DPM15F1014
Nur Syazwani Izzatie Binti Khasbullah
15DPM15F1070



PENGENALAN

Perpaduan antara kaum harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam dunia yang moden. Masyarakat di Malaysia mempunyai berbilang kaum maka harus ada aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang baik. Melalui semangat bantu-membantu dan berkerjasama, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan antara pelbagai kaum dan dapat menanam nilai-nilai yang murni. Bak kata pepatah melayu ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Prinsip gotong-royong adalah sesuatu kerja yang besar dan juga hanya mengeluarkan perbelanjaan yang sedikit jika dilakukan bersama-sama. Contohnya, jika sesuatu tempat itu kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dengan mengupah orang lain untuk membersihkan atau terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat keseluruhnya cukup bermakna untuk pembangunan insan material masyarakat mahupun pembangunan insan.


OBJEKTIF

1.      Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong antara kaum.
2.      Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini.
3.      Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan hubungan silaturahim.


DEFINISI GOTONG-ROYONG

Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama.Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan dikampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian.
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.
 Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.




KEPENTINGAN GOTONG ROYONG

Kepentingan amalan gotong-royong ini adalah dapat mewujudkan semangat yang positif antara ahli masyarakat untuk melaksanakan sesuatu tugas bersama. Amalan gotong-royong ini memberi semangat kepada masyarakat untuk berganding bahu bagi menyelesaikan sesuatu perkara dengan lebih mudah kerana semua pihak menghulurkan bantuan dan semua perkara yang dilakukan bersama akan dapat diselesaikan dalam  masa yang singkat. Jelaslah, amalan ini akan memberikan satu suntikan yang baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat bagi mewujudkan perpaduan antara masyarakat. Contohnya, dengan mengadakan program gotong-royong bagi Program Sambulan Bulan Kemerdekaan, Perpaduan antara masyarakat akan terjalin antara satu sama lain. Hal ini kerana masyarakat bersama-sama untuk melakukan kerja amal secara langsung atau secara tidak langsung. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, mereka akan lebih saling menghormati tanpa ada rasa kurang senang bila bergaul dengan masyarakat yang berbeza warna kulit dan budaya. Justeru, amalan gotong-royong ini mampu untuk memupuk nilai murni kepada masyarakat dengan mengadakan aktiviti bersama.

Selain itu,aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan.  Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masyarakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwah dalam sesebuah masyarakat. Apakah kepentingan-kepentingan tersebut. Semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. 

Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik. kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.  




Masalah Aktiviti Gotong Royong Semakin Pudar?

Masyarakat masa kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka bersikap menyendiri dan menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong masyarakat kurang mengamalkan aktiviti gotong-royong.

Malas
Alasan ini merupakan alasan yang sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat, namun alasan inilah yang sering muncul dan dijawab oleh masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang, Oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperanan aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan gotong royong.

Kesibukan
Tiada sedikit pun orang yang tidak sibuk dengan pekerjaan mereka, sampaikan hampir tiada waktu untuk kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan ada juga yang sanggup bohong memberi alasan ada urusan keluarga di kampung dan sebagainya.

Kurang Sosial dengan orang sekeliling.
Kurangnya kepedulian terhadap lingkungan membuat orang menjadi tidak mahu atau malas-bermalasan untuk bergotong-royong. Sepatutnya penduduk kawasan perumahan perlulah bergaul atau berjumpa antara satu sama lain dalam erti kata lain berkumpul jika ada masa terluang. Sekurang-kurangnya menanyakan khabar, bersembang kosong dan sebagainya. Dalam  masa yang sama kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.






Penerapan Semangat Bergotong-Royong Untuk Mengeratkan Silaturrahim

Program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula dengan mewujudkan pengawalan keselamatan di kawasan perumahan. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Hal ini dapat  mewujudkan  jalinan  hubungan yang mesra bagai aur dengan tebing sekali gus memupuk semangat kejiranan yang akrab. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Selain itu, aktiviti gotong-royong harus sentiasa aktif untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dan selesa. Ia juga dapat menjamin kesihatan dan keselamatan penduduk kawasan perumahan. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bergotong-royong adalah seperti  membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Dengan berkumpul dan berbincang bersama-sama dapat mengenali antara satu sama lain dan pada masa yang sama dapat mengenal hati budi masing-masing. Bak kata pepatah Inggeris don’t judge a book by its cover. Selepas tahu hati budi masing-masing barulah timbul rasa seronok berkumpul. Hal ini, dapat mewujudkan masyarakat yang penyanyang dan juga kawasan kediaman pun bersih, terpelihara dan selesa.


Langkah yang lain untuk menanam nilai ini dalam diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan kerajaan (NGO) dengan lebih giat. Badan NGO boleh turun padang untuk membantu kerajaan menarik minat masyarakat dalam amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan kerajaan mewujudkan masyarakat bergotong-royong, syarikat swasta boleh mengajurkan pertandingan kampong tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang. Dengan cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertai dan mula bergotong-royong mencantikkan kawasan perkampungan. Perlibatan badan NGO yang lebih giat dan aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan mendapat mesej yang dibawa oleh kerajaan untuk mempergiat amalan ini.

4 comments: