PENGENALAN
Perpaduan antara kaum harus kukuh
untuk negara pergi lebih jauh dalam dunia yang moden. Masyarakat di Malaysia
mempunyai berbilang kaum maka harus ada aktiviti yang berguna untuk merapatkan
persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong
mampu membentuk masyarakat yang baik. Melalui semangat bantu-membantu dan
berkerjasama, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan antara pelbagai kaum dan
dapat menanam nilai-nilai yang murni. Bak kata pepatah melayu ‘berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing’. Prinsip gotong-royong adalah sesuatu kerja
yang besar dan juga hanya mengeluarkan perbelanjaan yang sedikit jika dilakukan
bersama-sama. Contohnya, jika sesuatu tempat itu kotor kerana sampah, mereka
akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dengan mengupah
orang lain untuk membersihkan atau terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan
kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada sampah yang tidak diuruskan
dengan sempurna. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk
gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat keseluruhnya cukup
bermakna untuk pembangunan insan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
OBJEKTIF
1.
Memberi
kesedaran tentang kepentingan gotong-royong antara kaum.
2.
Mengenalpasti
masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini.
3.
Menerapkan
semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
DEFINISI GOTONG-ROYONG
Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong
bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama.Aktiviti gotong-royong masih
banyak dilakukan dikampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa
ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali
dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan
gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian.
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah
dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara
gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis
yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan.
Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan
rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat
menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang
lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong
dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita
lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan
tenaga.
KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
Kepentingan amalan gotong-royong
ini adalah dapat mewujudkan semangat yang positif antara ahli masyarakat untuk
melaksanakan sesuatu tugas bersama. Amalan gotong-royong ini memberi semangat
kepada masyarakat untuk berganding bahu bagi menyelesaikan sesuatu perkara
dengan lebih mudah kerana semua pihak menghulurkan bantuan dan semua perkara
yang dilakukan bersama akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Jelaslah, amalan ini akan
memberikan satu suntikan yang baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat
bagi mewujudkan perpaduan antara masyarakat. Contohnya, dengan mengadakan
program gotong-royong bagi Program Sambulan Bulan Kemerdekaan, Perpaduan antara
masyarakat akan terjalin antara satu sama lain. Hal ini kerana masyarakat
bersama-sama untuk melakukan kerja amal secara langsung atau secara tidak langsung.
Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang
berlainan kaum, mereka akan lebih saling menghormati tanpa ada rasa kurang
senang bila bergaul dengan masyarakat yang berbeza warna kulit dan budaya.
Justeru, amalan gotong-royong ini mampu untuk memupuk nilai murni kepada
masyarakat dengan mengadakan aktiviti bersama.
Selain itu,aktiviti gotong-royong dapat memupuk
semangat kejiranan. Semangat kejiranan
merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri
dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan
sesebuah masyarakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan
kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwah dalam sesebuah masyarakat.
Apakah kepentingan-kepentingan tersebut. Semangat kejiranan yang teguh dapat
menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah
program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan
dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat
dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau
program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran
membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama
menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu.
Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah.
Bukan itu sahaja,
hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama.
Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu
pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat
kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat
harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat
kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang
maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai
Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan
perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan
memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat
Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan
bermasyarakat.
Masalah
Aktiviti Gotong Royong Semakin Pudar?
Masyarakat masa kini nampaknya
lebih individualistik dan materialistik. Mereka bersikap menyendiri dan
menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan
mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Masyarakat moden kini juga
kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk dengan
urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah
lagi mengenalinya dengan lebih mendalam. Terdapat pelbagai faktor yang
mendorong masyarakat kurang mengamalkan aktiviti gotong-royong.
Malas
Alasan ini merupakan alasan yang
sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat, namun alasan inilah yang sering muncul
dan dijawab oleh masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh
hampir semua orang, Oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun
kegiatannya dia merasa enggan untuk berperanan aktif, tak terkecuali saat ada
kegiatan gotong royong.
Kesibukan
Tiada sedikit pun orang yang
tidak sibuk dengan pekerjaan mereka, sampaikan hampir tiada waktu untuk
kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan ada juga yang
sanggup bohong memberi alasan ada urusan keluarga di kampung dan sebagainya.
Kurang Sosial
dengan orang sekeliling.
Kurangnya kepedulian terhadap
lingkungan membuat orang menjadi tidak mahu atau malas-bermalasan untuk
bergotong-royong. Sepatutnya penduduk kawasan perumahan perlulah bergaul atau
berjumpa antara satu sama lain dalam erti kata lain berkumpul jika ada masa
terluang. Sekurang-kurangnya menanyakan khabar, bersembang kosong dan
sebagainya. Dalam masa yang sama kita
dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
Penerapan
Semangat Bergotong-Royong Untuk Mengeratkan Silaturrahim
Program rukun tetangga di kawasan
perumahan mesti dihidupkan semula dengan mewujudkan pengawalan keselamatan di
kawasan perumahan. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana
masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai
contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan
tanpa mengira usia, agama dan status. Hal ini dapat mewujudkan
jalinan hubungan yang mesra bagai
aur dengan tebing sekali gus memupuk semangat kejiranan yang akrab. Oleh itu,
kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat
kejiranan yang utuh dan bersatu padu.
Selain itu, aktiviti
gotong-royong harus sentiasa aktif untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni
dan selesa. Ia juga dapat menjamin kesihatan dan keselamatan penduduk kawasan
perumahan. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan
bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai
contoh, aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bergotong-royong adalah
seperti membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Dengan berkumpul dan
berbincang bersama-sama dapat mengenali antara satu sama lain dan pada masa
yang sama dapat mengenal hati budi masing-masing. Bak kata pepatah Inggeris don’t judge a book by its cover. Selepas
tahu hati budi masing-masing barulah timbul rasa seronok berkumpul. Hal ini,
dapat mewujudkan masyarakat yang penyanyang dan juga kawasan kediaman pun
bersih, terpelihara dan selesa.
Langkah yang lain untuk menanam
nilai ini dalam diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan kerajaan
(NGO) dengan lebih giat. Badan NGO boleh turun padang untuk membantu kerajaan
menarik minat masyarakat dalam amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan
harapan kerajaan mewujudkan masyarakat bergotong-royong, syarikat swasta boleh
mengajurkan pertandingan kampong tercantik dengan ganjaran lumayan kepada
pemenang. Dengan cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertai dan mula
bergotong-royong mencantikkan kawasan perkampungan. Perlibatan badan NGO yang
lebih giat dan aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya
amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan
mendapat mesej yang dibawa oleh kerajaan untuk mempergiat amalan ini.